Bahagian Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM]
telah menyediakan Senarai Tugas bagi Pembantu Makmal Gred C17, C22 dan
C26 di sekolah-sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru
Malaysia [IPGM].
Penghuraian tugas Pembantu Makmal merupakan panduan pelaksanaan kerja
yang seragam untuk diguna pakai oleh semua Pembantu Makmal di sekolah,
Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia [IPGM]. Ia
mengandungi standard operasi kerja yang perlu dilaksanakan oleh semua
Pembantu Makmal dan ekspektasi Ketua Jabatan/Stakeholders dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan makmal, peralatan dan bahan kimia di makmal sains.
Dengan adanya panduan seperti ini sekaligus dapat menyelesaikan beberapa
isu yang berbangkit yang dihadapi oleh sebahagian besar Pembantu Makmal
seluruh Malaysia yang selama ini berbeza standard [SOP / MPK] mengakibatkan ramai Pembantu Makmal yang tersasar dari 'core bussiness' tugasan sebenar Pembantu Makmal.
Terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya kepada 'Team SUB & TSUB serta unit Dasarnya
yang selama ini telah melalui beberapa siri perbincangan bersama
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal [KSKM]. Tidak lupa juga kepada mantan
Pegawai KPM, Encik Asmawi yang banyak membantu KSKM.
Harapan KSKM agar dokumen ini akan memberi rujukan, kefahaman dan dapat
diguna pakai oleh semua khususnya kepada Pentadbir-pentadbir Sekolah dan
Ketua-ketua Jabatan.
Skop tugas Pembantu Makmal secara ringkas meliputi aspek berikut :-
- pengurusan makmal sains
- penyediaan dan pengendalian bahan serta peralatan sains
- penyenggaraan dan penyelenggaraan peralatan sains; dan
- pengendalaian amali sains dan pengurusan aset/stor di makmal sains
Huraian tugas Pembantu Makmal ini berkuat kuasa pada 2 Mei 2013. Ianya
telah diedarkan kepada semua semua Ketua Jabatan Bahagian Kementerian,
Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Semua Pengarah IPGM, Semua Pengarah
Kolej Matrikulasi dan .KSKM.
Mohon semua Pembantu Makmal ambil perhatian. Salinan akan dihantar
kepada semua Setiausaha KSKM Cawangan melalui emel tidak lama lagi.